Anugerah Allah yang tiada keterbatasan dalam menzahirkan ciptaanNya yang tiada tolok bandingnya. Allahuakhbar...terlalu cantik bila dizahirkan untuk pandangan mata kita sebagai hambaNya yang lemah.
Diberi kesempatan melihat saat2 terbitnya mentari di Pulau Redang sewaktu kunjungan kami dalam "ICP Staff Interaction Programme Eastern Region" baru2 ni...
Saat2 ni Kak Za rakamkan bermula pada jam 6pagi di hadapan Redang Bay Resort. Cuba perhatikan dan hayatilah keindahan ciptaan Allah...terasa kerdilnya kita... SUBHANALLAH.
Setiap 5min sekali Kak Za rakamkan saat2 itu membuatkan tanpa sedar airmata mengalir, betapa bersyukurnya kita diberi kesempatan menghayati ciptaan Allah yang tiada tolok bandingnya. Betapa kita dizahirkan dengan ciptaan yang sungguh indah ini... Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Allah kerana masih berkesempatan untuk terus menyedut udaraMu, menghabiskan sisa2 kehidupan ini dalam perlindungan dan keredhaanMu....Berkati kehidupan kami dengan rahmatMu Ya Allah...
Terasa kerdilnya kita sebagai hambaMu yang hina ini...lindungilah kami semua dari segala kekalutan duniawi untuk terus mencari redhaMu....
No comments:
Post a Comment