Sunday, 28 September 2014

PANCAKE MUDAH & SEDAP

ASSALAMUALAIKUM..WBT.

Semakin hari terasa semakin cepat masa berlalu.... terfikir juga apa yang nak dibuat untuk minum petang di hujung minggu begini...alih2 tetiba Encik Suami suggest suruh buat pancake jer untuk minum petang.. Dalam hati terfikir kenapa pulak tiba-tiba minta buatkan pancake ni...alkisahnya rupanye dia dok tgk JJCM..

Jadi sebagai seorang isteri, bila diminta tu kenalah dibuatkan nanti kempunan pulak..kebetulan pulak semua bahan yang diperlukan dah sedia ada..jadi jom kita terjah dapur la kejap yer...

PANCAKE SEDAP
By: Izah Muffin Lover



BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula
1 biji telur ayam (gred B)
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter (dicairkan)
1 cawan susu segar @ buttermilk
sedikit garam

CARA-CARA:

Masukkan telur, esen vanilla, gula, garam, butter yang telah dicairkan dan kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum yang telah dicampurkan baking powder sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi sehingga sebati.
Sekiranya berketul-ketul boleh la ditapis untuk hasil yang memuaskan.
Biarkan lebih kurang 10min sebelum dibakar dalam kuali.

Semuga perkongsian resepi yang mudah dan senang ini dapat memberikan sedikit idea untuk semua sebagai hidangan untuk suami dan anak-anak.

Tiada yang lebih baik biarpun sesenang mana kita gunakan hasil tangan kita sebagai isteri sebagai tanda kasih sayang kita untuk suami dan anak-anak akan memperolehi ganjaran yang tidak sedikit di sisi Allah subhanahua taala.

Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW kepada puteri kesayangannya Saiyidatina Fatimah...


Betapa besarnya ganjaran Allah untuk kita. Jadi sama-samalah kita manfaatkan apa yang kita ada yang dititipkan Allah untuk kita menuju Syurga Allah.


 
SALAM UKHWAH UNTUK SEMUA, SEMUGA KITA SEMUA SENTIASA DALAM REDHA SUAMI UNTUK KITA MENUJU SYURGA ALLAH.
 
WALLAHUALLAM.

No comments:

Post a Comment