Selamat berhujung minggu untuk semua sahabat2 yg di sayangi. Semuga sedikit perkongsian memberikan seribu manfaat untuk semua. Insya Allah
INISIATIF & KREATIF UNTUK BERSEDEKAH
1) Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg ingin memakainya di saat solat.
2) Inisiatif - Sedekah.
Letakkan sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing2 yg dating.
3) Inisiatif - Sedekah
Sisihkan sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu untuk disumbangkan kpd anak2 yatim & orang2 miskin.
4) Inisiatif - Sedekah
Sentiasa sediakan wang kecil untuk diberikan kepada yang memerlukan.
5) Inisiatif - Sedekah
Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.
6) Inisiatif - Sedekah
Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga / kerabat & sahabat) belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
7) Inisiatif - Sedekah
Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecilkemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah @ hadiah).
8) Inisiatif - Sedekah
Belilah mushaf (Al-Quran), letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
9) Inisiatif - Sedekah
Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
10) Inisiatif - Sedekah
Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
11) Inisiatif - Sedekah
Jangan biarkan engkau tertidur melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari menghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
12) Inisiatif - Sedekah
Sedekahkan Alfatihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal.
Ya Allah......
Panjangkanlah umur kami,
Kurniakanlah kami kesihatan yang baik,
Terangilah jiwa dan hati kami dengan pancaran NUR IMAN,
Tetapkanlah hati kami,
Luaskanlah rezki kami,
Dekatkanlah hati kami dengan kebaikan,
Dan jauhkanlah hati kami dari kejahatan....
Aamiin Ya Rabbal Alamin.
"Anak-anak! Janganlah kamu fikir kamu berjaya hari ini adalah kerana hebatnya diri kamu, sebenarnya kamu tidak ada apa-apa jika bukan berkat doa ibubapa kamu walaupun mereka tidak berpelajaran sekalipun!" ¬ Pesan Habib Syech Abd Kadir Assegaff.
Amin Ya Robbal Alamin.
No comments:
Post a Comment