Sesuatu yang tidak pernah dijangka akhirnya terlerai jua..satu ketika kami diketemukan dalam ikatan persahabatan yang mengikat kami terlalu akrab... Suka dan duka kami lalui bersama..hilai tawa, susah senang ...mencari sesuatu yang pasti dalam perjalanan kehidupan...
Kenapa, mengapa, bagaimana dan segalanya menjadi persoalan dalam perjalanan kehidupan. kami sebagai sahabat...Apakan daya kerana satu kekhilafan akhirnya ikatan persahabatan terlerai jua, seolah mencari titik nokhtah yang kita sendiri tidak tahu bila mana ianya berakhir tanpa kita ketahui asal puncanya...
Namun sebagai insan yang lemah disisi Pencipta, siapalah kita untuk menidak atau menafsirkan sesuatu yang sememangnya adalah perencanaan Allah semata-mata. Justeru di atas kekhilafan sebagai insan yang lemah,,,segalanya menemui titik nokhtah buat sementara. Jauh di sudut hatiku merasakan bahawa betapa kerdilnya kita bila kita hanya mampu melihat, mendiamkan diri dan menunggu apakah detik ini akan berakhir begitu saja...mencari sinar akan kembali menerangi sebuah persahabatan yang akhirnya terputus dipertengahan jalan.
Biarpun begitu, ku gagahi jua biarpun terlantar dalam kepiluan dan kesedihan kerana dipersalahkan atas sesuatu yang tidak pernah kulakukan. Hanya pada Mu Ya Allah ku serahkan jiwa dan ragaku untuk Engkau leraikan kekusustan, kesedihan dan rasa terkilan yang amat dalam. Hanya airmata peneman buat seketika sebelum kekuatan lahir dalam diriku hasil dari penyerahan jiwaku kepadaMu Ya Allah...Aku makin kuat melalui setiap detik mencari di manakah aku sebagai hambaMu. Maafkan aku Ya Allah...Aku khilaf.
Setiap kali ku pandang ke langit yang biru, berlalunya awan seputih salju, kabus tebal menyelubungi hatiku di kala ku kesepian mencari sesuatu yang pasti dalam kehidupanku sebagai hambaMu...betapa hebat ciptaanMu Ya Allah membuatkan aku bersyukur di atas setiap zarah nikmatMu yang Maha Agung tiada terjangkau dek tangan, tiada tercapai dek akal...Terasa kehebatan ciptaanMu. Allahuakhbar.
Perencanaan dan percaturan yang Engkau ciptakan untukku adalah sesuatu yang amat berharga untukku terus menadah tanganku mensyukuri nikmatMu. Terima kasih Ya Allah di atas kasih sayangMu yang tiada tolok bandingnya, namun aku hambaMu yang sentiasa khilaf dalam setiap langkahku....Maafkan aku Ya Allah...Kau telah pinjamkan aku nikmatMu, membuatkan aku merasa bersalah kerana langkah demi langkah yang ku aturkan kekadang terpinggir jauh dan tergelincir dari landasanMu. Ampunkan aku Ya Allah....
Atas belas ihsanMu atas penyerahanku kepadaMu...akhirnya ku temui jawapannya. Akhirnya kau menyerahkan aku menjadi insan punyai keterbukaan dalam menerima qada dan qadarMu. Kau mengujiku dengan langkah yang diatur olehMu, aku akhirnya mulai berjalan di atas landasanMu biarpun kekadang tergelincir juga, namun ku gagahi jua untuk kembali kelandasanMu. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana Engkau tidak pernah meninggalkanku. Engkau tetap memberi ruang dan peluang untukku teruskan biarpun kepahitan yang terpaksa ku tempuhi. Sekali lagi aku bersyukur. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa ada untukku dalam susah dan senang.
Akhirnya, di atas kasih sayangMu, kau bukakan ruang untukku kembali bersama yang mana satu ketika Engkau leraikan hubungan kami...Allahuakhbar, disebalik kepahitan ada kemanisan. Itulah indahnya percaturan Allah untuk kita. Kami disatukan kembali untuk tidak terus menyendiri biarpun dalam kepiluan, dengan deraian airmata penyesalan yang tidak terhingga, mengakui kekhilafan lalu, menerima segalannya dengan redha, inilah nikmat Engkau yang tiada terhingga dapat kami rasai. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah, Engkau telah kembalikan semula ikatan ini dengan penuh rasa syukur. Tiada kata secantik bahasa, tiada madah dapat ku ukirkan, tiada rasa dapat ku gambarkan...Terima kasih Ya Allah. Hari ini Engkau telah kembalikan perhubungan yang hilang buat seketika untuk kami bermuhasabah diri...
Alhamdulillah....Ampunkan aku atas kekhilafan lalu, tunjukkilah aku untuk sentiasa berada dilandasanMu. Terima kasih yang tiada penghujungnya kerana Engkau sentiasa ada untukku di waktu suasah maupun senang. Engkaulah Yang Maha Agung, Maha Mendengar segala keresahanku....
No comments:
Post a Comment