Monday, 29 September 2014

KENANGAN LALU KEMBALI BERTAMU SAHABATKU

Di kejauhan ku mencari sinarMu, dalam kerinduan menyelinap ke kalbu, ku titipkan buat sahabatku yang pernah mencuri sisa waktuku, di usia kecilku...tiada madah dapat ku ungkapkan sebagai gambaran kerinduanku bertamu.... SAHABATKU.

Tidak bisa lagi untuk ku ungkapkan betapa kehadiranmu dulu sebagai pengisian kesunyianku di kala langkah yang kita aturkan memberikan kita keterujaan mengisi kekosongan...Apakah masa yang kita pernah habiskan bersama itu akan terungkai andai kita mengungkit kembali keterujaan masa lalu yang pasti tidak akan dapat kita bayangkan.

Sahabat kesayanganku.... NORHANA HASSAN...hadirmu bukan saja sebagai sahabat masa kecilku bahkan kau lah teman sepermainanku yang pernah tidur sebantal, berkongsi rasa, makan sepinggan, suka dan duka.... Masih kah kau ingat?

Inilah wajah kenangan lalu yang kembali bertamu di benak fikiranku.... Masa telah merubah segalanya...akhirnya kau kembali .... meluah rasa, mencoret kata, bermadah pujangga kerana wajahmu mengambarkan kelembutanmu disetiap bait bicaramu..membuatkan aku rindu padamu..sahabatku.


Buat sekian lamanya kita terpisah, akhirnya tanpa disengajakan atau mungkin kerana kerinduan di antara kami membuatkan Allah telah menemukan kami kembali di muka buku..tanpa ku sedari airmata kegembiraanku mengalir menitis di pipiku terkenangkan saat itu...betapa terpandang saja wajahmu pada mulanya aku tidak mengenalimu kerana perubahan waktu yang terlalu lama....kita terpisah lebih kurang 30th... Allahuakhbar... Alhamdulillah Ya Allah...perjalanan ini adalah ketentuanMu.

Akhirnya kami diketemukan kembali dengan izinNya...betapa gembiranya kami di saat pertemuan itu...telah menyelongkar kembali kenangan di zaman kecil kami yang membuatkan kami tertawa sendiri...betapa manisnya kenangan itu yang hanya tinggal kenangan...




Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah...kami melepas rindu setelah sekian lama terpisah....Biarlah gambar ini menceritakan segalanya...



Wajah terkini sahabatku bersama adindanya Noreha Hassan...so sweet syg..


Semakin usia meningkat kau semakin ayu sahabatku....aku rindu kamu......Sayang dik Na....

Doaku untukmu semuga kau sentiasa dalam perlindungan dan rahmatNya serta bahagia dunia dan akhirat...semuga persahabatan kita sentiasa dalam jagaan Allah...Insya Allah.

Itulah sedikit rentetan perjalanan bersama sahabat masa kecilku...

Namun tak pernah ku lupakan sahabat2 ku yang sentiasa menjadi pendengar setiaku suka dan duka....keluhan rasa...Sahabat yang sentiasa hadir di waktu ku memerlukan kekuatan dikala ku kesedihan...


Berkongsi rasa, menangis bersama...terima kasih sahabatku RAMIZA ABD RAHMAN..... kehadiranmu jua sentiasa mengubat rasa dukaku...gembiraku....
Kita menangis di kala berduka, kita ketawa di kala gembira...itulah sahabat yang sentiasa menerima kita seadanya dalam susah mau pun senang, bukan sahabat yang sentiasa mengambil kesempatan di dalam kepayahan......mencari silap dikala kita dalam kesulitan....

Kenangan bersama dari dulu sehingga kini kekadang terdetik rasa di hati, inilah percaturan Allah untuk kita menghayati bahawa kita adalah perancang namun yang menentukan arah tujuan kita adalah milik Allah semata...tanpa izinNya..




Keikhlasan dan kejujuran di dalam perhubungan adalah titik tolak, jatuh bangun kita dalam kehidupan... berusaha, berdoa, bertawakkal kepada Allah... Dia yang memberi Dia jugalah yang akan menyelesaikannya.



 

Terima kasih sahabat2ku..

Norhana Hassan
Ramiza Abd. Rahman
Lily Zalili
Nik Liza Sara

Semuga kita sentiasa dalam redha Allah dunia dan akhirat..
 


 
 


SURAH AL-FATIHAH

 
 

MAKSUDNYA:
"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekelian alam, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat "

¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬

KEHEBATAN SURAH AL-FATIHAH:

1) RUKUN BAGI IBADAT SOLAT
 
Sabda Rasulullah SAW:

"Tidak ada solat bagi orang yang tidak membacakanAl-Fatihah di dalamnya (solatnya)"

Dari Anas Bin Malik r.a.

2) PENYEMBUH PENYAKIT

Abdullah bin Anas r.a telah berkata:  Pada suatu hari, Husain bin Ali iaitu cucunda Rasulullah SAW telah mengalami satu kesakitan yang menyebabkan Nabi berdukacita, lalu Nabi mengambil satu bejana yang berisi air dan terus membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali.

3) SURAH TERISTIMEWA UNTUK NABI MUHAMMAD S.A.W

"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan kepadaku surah (Al-Fatihah) yang tidak diturunkanNya kepada sesiapa pun daripada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumku"

¬ Riwayat Ibnu Abbas.

¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬
Sedikit perkongsian dari Kak Za untuk semua sahabat-sahabat yang disayangi, sesungguhnya betapa besarnya hikmah dan kelebihan yang ada pada Surah Al-Fatihah ini. Semuga kita semua beroleh limpahan rezki yang barakah di atas segala usaha kita mencari keredhaan Allah s.w.t.

Sebelum Kak Za mengundurkan diri, jom sahabat semua sama-sama kita berdoa untuk kedua ibubapa kita samada yang masih ada maupun yang telah meninggalkan kita menemui Pencipta. Al-Fatihah untuk mereka yang kita sayangi....
 
 
 

 
Aamiin Ya Robbal Alamin.
 
 
Salam Sayang Untuk Semua.

Sunday, 28 September 2014

PANCAKE MUDAH & SEDAP

ASSALAMUALAIKUM..WBT.

Semakin hari terasa semakin cepat masa berlalu.... terfikir juga apa yang nak dibuat untuk minum petang di hujung minggu begini...alih2 tetiba Encik Suami suggest suruh buat pancake jer untuk minum petang.. Dalam hati terfikir kenapa pulak tiba-tiba minta buatkan pancake ni...alkisahnya rupanye dia dok tgk JJCM..

Jadi sebagai seorang isteri, bila diminta tu kenalah dibuatkan nanti kempunan pulak..kebetulan pulak semua bahan yang diperlukan dah sedia ada..jadi jom kita terjah dapur la kejap yer...

PANCAKE SEDAP
By: Izah Muffin Lover



BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula
1 biji telur ayam (gred B)
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter (dicairkan)
1 cawan susu segar @ buttermilk
sedikit garam

CARA-CARA:

Masukkan telur, esen vanilla, gula, garam, butter yang telah dicairkan dan kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum yang telah dicampurkan baking powder sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi sehingga sebati.
Sekiranya berketul-ketul boleh la ditapis untuk hasil yang memuaskan.
Biarkan lebih kurang 10min sebelum dibakar dalam kuali.

Semuga perkongsian resepi yang mudah dan senang ini dapat memberikan sedikit idea untuk semua sebagai hidangan untuk suami dan anak-anak.

Tiada yang lebih baik biarpun sesenang mana kita gunakan hasil tangan kita sebagai isteri sebagai tanda kasih sayang kita untuk suami dan anak-anak akan memperolehi ganjaran yang tidak sedikit di sisi Allah subhanahua taala.

Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW kepada puteri kesayangannya Saiyidatina Fatimah...


Betapa besarnya ganjaran Allah untuk kita. Jadi sama-samalah kita manfaatkan apa yang kita ada yang dititipkan Allah untuk kita menuju Syurga Allah.


 
SALAM UKHWAH UNTUK SEMUA, SEMUGA KITA SEMUA SENTIASA DALAM REDHA SUAMI UNTUK KITA MENUJU SYURGA ALLAH.
 
WALLAHUALLAM.

Saturday, 27 September 2014

PIZZA LAGI

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah bila cik abang dah balik dari outstation kononnya nak ler buat sesuatu yang tak pernah dibuat sebelum ini....biasanya main order jer...tapi buat pertama kali dalam hidup try ler buat sesuatu... Pikir punya pikir nak buat apa gamaknye...make terdetiklah di hati nak buat pizza yang memang kesukaan si debabku Muhammad Iffat Amnan...so adik jom kita berpizza ok....

Agak-agak menjadi ke tidak pizza Kak Za ni...namun begitu Kak Za nak berterima kasih pada seseorang yang telah mengajar Kak Za buat pizza ni...TQ Ira kerana sudi ajar Kak Za yang memang buta huruf bab roti meroti ni dik oi...hihi..Insya Allah muga2 menjadi la yer...

Kita tengok step yang telah Kak Za buat..tp sorry ler gambarnya xdalah byk pun..tp boleh laa... untuk rujukan kenkawan yang sama macam Kak Za tak pernah buat pizza sendiri ni...

SEAFOOD PIZZA

Bahan-bahan untuk roti:

400gm Tepung Roti / Tepung Gandum
1/2 biji telur
1 sudu kecil gula
1/3 sudu kecil garam
1/2 paket mauripan
1 sudu besar margerin
1 sudu kecil susu tepung
250 ml air

Bahan-bahan untuk topping:

Udang
Sotong
Crab stick
Cendawan Butang
Lada Benggala merah, hijau, kuning
Bawang Holand
Nenas
Mozarela cheese
Chesdale
Tomato puri

Cara-cara buat roti:

1) Masukkan 100mlm air dalam cawan dan masukkan mauripan..biarkan seketika bagi dia nampak kembang sikit la..kalau nampak ada buih2 tu maknanya ok la tu..

2) Masukkan bahan2 basah spt mauripan yang dah di bancuh dgn air, lebihan air 150ml tu, telur, marjerin kedalam bread maker diikuti tepung roti / gandum, gula dan garam. Bagi yang takda bread maker tu bancuhkan semuanya dalam bekas dan uli la yer..Kak Za ni sebab rajin sgt so guna jerlah pembantu yang disediakan oleh En Hubby tu...
 
 

Inilah dia adunan yang telah siap diuli guna bread maker tu...biarkan sekejap hingga doh tu kembang semangkuk yer..Dah kembang tu, tumbuk2 la sikit keluarkan angin tu...

3)  Lepas tu bahagikanlah doh tu kebeberapa bahagian, ikut suka la yer..tp kalau sebanyak ni yg Kak Za selalunya dalam 3 bahagian jer utk 3biji pizza la ni..sengaja buat sikit kot x menjadi...maklum ler baru belajar..jadi kalau salah tu maaflah Puan Ira yer...

4) Dah siap bulatkan terus canai la yer..tak nak bagi melekat tu taburlah tepung sikit....sorry lupa nak ambik gambar masa canai tu...

5) Tibalah masanya nak letak topping kat atas roti tu...sb seafood yang Kak Za gunakan tu udang, sotong dan crab stick tu..jadi Kak Za masak sikit atas dapur dan masukkan tomato puri sikit, letak garam dan perasa sikit ler...bagi separuh masak jer..

6) Sebelum letak topping tu, pastikan doh yang dah dicanai bulat tu tekan dgn garpu la yer..nanti tak pasal-pasal kita punya roti kembang... Ok sapukan tomato puri atas doh bagi rata, parutkan chesdale taburkan atas doh tu kemudian susunlah semua bahan termasuk bawang holand, lada benggala, bahan yang dimasak atas dapur tadi udang, sotong dan crab stick...hiaskan semua bahan termasuk cendawan butang tu. Taburkan mozarela cheese kat atas sekali...


Nah macam gini lah yer...kiranya dah siap lah tu...Bakarlah dalam ketuhar dengan kepanasan 180 degree selama 15minit hingga 20minit gitu. Tapi Kak Za gunakan Microwave Oven Panasonic, tekan jer Auto Menu, Set jer menu Pizza, tekan jer Start. Tunggu jer pizza kita masak...


 Itulah pizza yang sedang dibakar dalam Microwave Oven. Dah masak...


Maaf ler shape nye alahai tak bulat pulak dah..xpelah janji sedap gitu...Inilah hasilnya Seafood Pizza Kak Za... Garing sikit ler sb En Hubby suka garing ni...kihkih..

 
 

Ini pulak Chicken Pizza... resepi roti sama jer cuma beza topping jer yer. Kenkawan boleh ler buat apa saja topping yang disukai bergantung kepada diri sendiri...Nak buat Tuna Pizza pun boleh jer...Apa yang pasti hasilnya sedap gitu.. Segalanya bergantung kepada kreativiti masing-masing...

Sampai masa untuk kita jamu selera...Alhamdulillah hasil pertama pizza Kak Za menjadi.


Suka sangat anak bujang Kak Za bila Ummi buat pizza...tak makan nasi pun xper dia ni...memang peminat tegar ni...

Syukurlah dapat buat sesuatu untuk orang2 tersayang, Berbaloi ler En Hubby hadiahkan Bread Maker & Microwave Oven ni. TQ Sayang sebab bagi sesuatu yang boleh buatkan Ummi bangga dengan hasilnya. Alhamdulillah.

Jadi apa tunggu lagi jomler kita pakat2 meroti untuk orang2 yang kita sayang, muga hasil tangan kita ini akan membuatkan kita lebih bahagia dunia maupun di akhirat. Syukur Alhamdulillah.

Sekali lagi terima kasih banyak2 kepada Puan Ira kerana telah mengajar Kak Za yang memang buta huruf betul bab buat roti2 ni...muga resepi yang Kak Za kongsikan ini boleh bagi manfaat untuk semua.

SELAMAT MENCUBA...
 
SALAM SAYANG DARI KAK ZA UNTUK SEMUA.
 


Friday, 26 September 2014

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

Assalamualaikum...wbt.

Ni cerita last day cuti sekolah la ni...dah beberapa hari tak jenguk blog ni rasa teringin plk nak menulis..kerana sejak sehari dua ni Kak Za asyik buat2 sibuk jer...bukan apa kalau ada 'M' tu kadang payah gak...ikut mood katakan..

Mulanya plan ler dgn Pn Faizul konon nak ke Taman Botani Negara Shah Alam....bila dah cerita kat anak bujang Iffat, apa lagi seronok laa...last Cik Faiz kita tak jadi pegi pulak...frust ler kawan tu...alih2 nak pujuk si Iffat punya pasal xpelah ubah plan ke Taman Rimba Kota Damansara..pegi jogging kat tasik...Nak dijadikan ceritenye...dalam perjalanan ke Kota Damansara, tetiba hp berbunyi...rupanya Cik Ana plk call nak pegi Taman Botani...apa lagi anak bujang siap hoorey lagi dlm keta plan asal akhirnya jadi juga...jadi pusing balik la keta pegi pick up Cik Ana dgn anak bujangnya....maka bermulalah perjalanan kita ke Taman Botani Negara Shah Alam....



Nah...inilah rombongan kami berempat yang mulakan penjelajahan di Taman Botani yang dulunya dikenali sbg Bukit Cahaya Sri Alam @ Bukit Cerakah...iye ke nama tu..alah x kisah la kan...tp sekarang dah ditukar ke Taman Botani Negara.





Masuk jer ke kat Taman Botani...fulamak ada program plk untuk kanak2 di buat kat situ...pertandingan mewarna gitu...Bukan anak yang teruja ni tapi mak2 yang teruja lebih dari anak...konon suruh ler anak mewarna...apa ke jadahnya diaorang ni bukan minat pun akhirnya kita berdua yang buat...tp sb nak rasa seronok ingat zaman kanak2 bila adik2 yg dok handle program tu kata..alah buat jer kak, saja suka2...apa lagi kami pun buat ler...

Taraaaa...inilah hasilnya yang dibuat oleh mak budak ni...hihihi..


Kihkih...cantik tak Cik Tijah oi....lukisan yang main hentam saje labu...apa susah conteng2 jadilah...tgk jam dah pukul 11..adoi..anak plk bising jom la pusing2 lagi....ok2..jom2 kita tunggu bas dulu yer..


Ini dia bas yang ditunggu sudah tiba untuk kami pusing dalam Taman Botani ni...bas ni free jer..bas ni disediakan oleh Taman Botani untuk menyenangkan pengunjung menikmati keindahan dalam taman ni...oklah kan...kalau nak jalan kaki...boleh patah kaki tu cik kak wey....

Oh ye lupa la....nak bagitahu sikit..kepada yang tak pernah datang ke Taman Botani Negara Shah Alam ni, bayaran yang dikenakan Dewasa - RM3.00 & Kanak2 - RM1.00. Untuk masuk ke Rumah 4 Musim bayaran yang dikenakan Dewasa - RM3.00 & Kanak2 - RM1.00. Murah jer kan...so boleh la bawak anak2 menikmati udara segar di sini..

Kita layan gambar jap yer...


Inilah rupanya landskap depan pintu masukrRumah 4 Musim tu...kebetulan masa masuk ni dah nak masuk musim luruh dah gamaknya...hihi sb nak kata musim bunga ada la beberapa pohon jer...


Adik penat ke tu....ai dah tak tahu arah nak di tuju ke dik...cuba tgk papan tanda tu...pilih jer nak ke mana....jgn kompius yer kawan2...adik saje nak rehat jap...



Kita posing dulu sebelum terjah masuk dalam tu....biasalah pompuan kan...suka sangat ambik2 gambar ni..nasib baik tak selfie... ok jom kita masuk dalam yer..

Dipersilakan masuk tuan2 dan puan2..inilah pintu masuk ...eh2 silap la...tu gbr masa nak kluar..xperlah masuk jelah...jgn risau buat macam rumah sendiri yer..jangan segan2....silakan...



Cuba tengok musim bunga ke musim luruh tu..tp memang belum luruh lg la...musim bunga kot...hihi



Inilah kami bersama anak bujang masing2 yang seronok sangat nak dating tu...masing2 dah jadi anak manja la tu....


Adik kata nak rehat kejap...wah gaya macam bos jer siap silang kaki lagi...tu ler dah penat la tu..sape suruh makan banyak....kihkih...itulah gaya si bujang Kak Za ni....kepenatan nak bawa beban berat tu...


Yesss... kami dah keluar dari Rumah 4 Musim..so sekarang kita ronda2 lagi yer...penat wey...kawasannya luas bangat ye buk....aduhhh....sakit kaki ibu jalan2 pusing2...


Rehat kejap Ummi..nak tengok rumah apa ni...entah...Ummi pun x tahu...adalah dibuat replica rumah2 kat Malaysia ni...tp tak diletak papan tanda pulak la kan...Ummi pun tak tahu rumah dari negeri mana ni...


Ni pulak Taman Pendidikan dan rumah tu adalah macam perpustakaan la kot tp hari tu tak dibuka la pulak..nak jengah juga apa yang ada kat dalam tu...xpelah layan tgk dari luar...kalau ikut belakang rumah tu merupakan jalan pintas nak ke Rumah 4 Musim...


Atas ni merupakan Menara Tinjau dalam kawasan Laman Konservasi Herba & Ubatan tu........
Nampak?...Cantikkan...ni pemandangan di ambil dari Taman Pendidikan tu....jauhnya nak jalan ni....jadi Kak Za ambik gambar dari sini...hahaa..ni landskapnya..


Landskap dari jauh nampaklah cantiknya...dari dekat xdalah nampak kan...layan jer..


Inilah dia Laman Konservasi Tanaman Herba & Ubatan yang ada di Taman Botani ni...jadi kalau anak2 nak belajar dan tengok sendiri sepsis yg ada kat sini boleh la yer...Kak Za sendiri pun tak tahu wey....nama yang tak pernah dengar pun ada...bukan sikit la...banyak sgt2 jenis2 tumbuhan herba tu...

 
 
 
 
Peace yooo.......berposing kat laman herba la ni.......nampak segar dan landskap yg cantik....Jomlah adik kita kembali semula ke bus stop tu...tak larat dah Ummi nak jalan ni...kepenatan......................



 
Sekarang tibalah masanya untuk kita kembali semula ke tempat yg kita mula2 naik bas tu...tunggu bas dating....ramai pulak penumpangnya yang menunggu giliran...
 
Dalam perjalanan balik dengan bas tu...kita lalu ler Taman Haiwan, sawah padi, taman2 apa lagi entah dah lupa sb nak snap gambar pun x boleh ler sb dok dalam bas bersesak2..maklum ler cuti sekolah kan...
 
 
 
 
Nah sekarang tibalah masanya kami sewa basikal konon nak kayuh basikal sekeliling taman ni ler tu...larat ke?... Kadar sewa sebuah basikal RM10 untuk jam pertama dan tambahan RM1 setiap jam berikutnya....ada 2 tempat untuk sewa basikal tu... kalau rasa nak bawa basikal sendiri pun takda masalah...bawa jer..jimat belanja...hihi..
 
Bermulalah perjalanan dengan mengayuh basikal....penat betul....kami sewa la sorang satu...anak2 dah laju jer..kita yang dah berumur ni adui rasa longgar dah lutut ni cik kiah oi...adui...
 
 
Tengok ni...sudahnya kita bukan kayuh basikal...kita tolak jer...hahha..naik bukit..ni pun kira latihan gak ni...hahha..nape Cik Ana wey...tolak jangan tak tolak....amboi perasan padahal kita pun tolak gak..orang depan x sedar kita snap dia...syhhh... berpeluh tak payah cite ler... agak2 turun ke sekilo dua ni....peluh sampai ke kaki wooo...
 
 
Huh mencabar betul...kayuh...tolak...kayuh...tolak akhirnya sampailah kami ke destinasi seterusnya iaitu Skytrek... dalam keadaan yang rasanye dah tak larat sgt2...berenti ler tgk budak2 yg berani dok main benda ni...
 
Tinggallah kami berdua di sini...anak2 berdua masih nak kayuh basikal lg ke destinasi seterusnya...kami dah surrender wey....memang penat betul...layan anak2 punya pasal.
 

 
Diaorang sempat ler pegi Taman kaktus...tapi kami ditinggal kat belakang...apa2pun muga anak2 happy. Kami kembali semula ke hentian dengan kepenatan yang tak terhingga. Namun kalau sekiranya kenkawan nak dating ke Taman Botani Negara Shah Alam ni dipersilakan...dengan suasana yang segar dan kehijauan rimbunan pepohon...Nak jogging, cycling semua boleh...bawalah anak2 untuk menikmati keindahan alam semulajadi Ciptaan Allah yang tiada tolok bandingnya...
 
Selamat berhujung minggu....Jumpa Lagi...Bye! Bye!..